📑 TERMA & SYARAT / TERMS & CONDITIONS
AA Langkawi Venture (SSM: K015270220250053)
1. Tempahan & Pembayaran / Booking & Payment
BM:
Tempahan kereta sewa, motorsikal dan homestay melalui laman web www.pakejbajetlangkawi.com perlu disahkan dengan pembayaran deposit seperti berikut:
-
Kereta Sewa / Motorsikal: Deposit serendah RM50 sahaja untuk pengesahan tempahan.
-
Homestay Terpilih: Deposit sebanyak RM100 sahaja untuk pengesahan tempahan.
Baki pembayaran hendaklah dibuat semasa pengambilan kenderaan atau semasa daftar masuk homestay.
Kaedah pembayaran yang diterima termasuk Online Transfer, FPX, atau kaedah lain yang disediakan di laman web.
EN:
Car rental, motorcycle, and selected homestay bookings made through www.pakejbajetlangkawi.com must be confirmed with the following deposit:
-
Car Rental / Motorcycle: Only RM50 deposit required to confirm booking.
-
Selected Homestays: RM100 deposit required to confirm booking.
The remaining balance must be paid upon vehicle collection or homestay check-in.
Accepted payment methods include Online Transfer, FPX, or other options provided on the website.
2. Pembatalan Tempahan / Booking Cancellation
BM:
Sekiranya pelanggan ingin membatalkan tempahan, pembatalan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh tempahan.
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh kurang daripada 3 hari, deposit tidak akan dikembalikan.
Sekiranya pelanggan tidak hadir pada tarikh dan masa yang dipersetujui tanpa sebarang notis, deposit dianggap hangus dan tidak boleh dituntut semula.
EN:
If customers wish to cancel a booking, cancellation must be made at least 3 days before the booking date.
Cancellations made less than 3 days before the booking date will result in forfeiture of the deposit.
If the customer fails to arrive on the agreed date and time without prior notice, the deposit will be considered forfeited and non-refundable.
3. Penggunaan Kenderaan / Vehicle Usage
BM:
Kenderaan hanya boleh dipandu oleh pemegang lesen memandu yang sah.
Pelanggan bertanggungjawab menjaga kenderaan sepanjang tempoh sewaan.
Sebarang saman trafik, kesalahan jalan raya atau caj parkir adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
Sekiranya berlaku kemalangan akibat kecuaian, pelanggan perlu menanggung kos pembaikan (excess insurance) mengikut polisi syarikat.
EN:
Vehicles can only be driven by valid licensed drivers.
Customers are responsible for the care and safety of the vehicle during the rental period.
Any traffic summonses, parking fines, or road violations are the customer’s full responsibility.
In case of an accident caused by negligence, repair costs (insurance excess) will be borne by the customer according to company policy.
4. Penggunaan Homestay / Homestay Usage
BM:
Homestay hanya untuk tujuan penginapan yang sah.
Sebarang kerosakan pada peralatan, perabot atau kemudahan akan ditanggung oleh pelanggan.
Pelanggan wajib menjaga kebersihan homestay dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau mengganggu ketenteraman awam.
EN:
Homestays are for lawful lodging purposes only.
Any damage to equipment, furniture, or facilities will be charged to the customer.
Guests must maintain cleanliness and refrain from illegal or disruptive activities.
5. Tanggungjawab & Liabiliti / Responsibility & Liability
BM:
AA Langkawi Venture tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kecederaan, atau kemalangan yang berlaku semasa penggunaan perkhidmatan.
Deposit keselamatan (jika ada) akan dipulangkan selepas pemeriksaan dilakukan dan tiada kerosakan atau caj tertunggak dikenalpasti.
EN:
AA Langkawi Venture is not liable for any loss, injury, or accident that occurs during service usage.
Any security deposit (if applicable) will be refunded after inspection, provided no damage or outstanding charges are found.